Wednesday, 18 June 2014

kenangan yang tak pernah luput.. :'(

Assalamualaikum...

lamanya dah tak menulis kat sini. terlalu busy dengan urusan belajar. btw, hari ni tamatlah semester 6 aku di bumi UMP ni. tinggal 2 semester je lagi sebelum grad. dua semester yg mampu buat hidup aku tunggang langgang.

sebenarnya nak curhat kat sini yang since pagi tadi mood aku xberapa elok.. esok, bersamaan 19 jun, genap 8 tahun arwah ayah pergi tinggalkan dunia. since pagi even masa tgh jawab exam segala kenangan aku dengan dia start dari umur aku mampu mengingati segala perkara sehinggalah di saat ayah bertarung dengan nyawa, semuanya tergambar bagai skrin layar besar di depan mata aku.

tak aku nafikan sejak ayah meninggal, kat hati aku ni seolah2 ada satu lubang besar yg tak akan pernah sembuh dan tertutup. ayah pergi saat aku sangat perlukan beliau utk terus beri aku semangat utk menghadapi peperiksaan PMR. ayah pergi saat aku sedang sakit akibat demam cacar dan sewaktu sudah hampir seminggu aku xdapat jumpa mahupun bercakap dengan beliau akibat kene kuarantin dan tak di benarkan ke hospital akibat demam yang aku alami. ayah pergi saat kami sekeluarga masih perlukan beliau utk bergantung hidup.. :( walau mcm mana pun kita sebagai manusia cuba menahan tetapi takdir ALLAH dan perancanganNYA tak akan pernah terlambat walau sesaat.

19 JUN 2006 ayah pergi tinggalkan dunia dan kembali kepada ALLAH. kami hanya dipisahkan oleh satu garisan. semoga roh ayah tenang kat sana. adik sentiasa rindukan ayah dan sentiasa berharap utk jumpa ayah walau hanya dalam mimpi agar terubat rindu yg menggunung di hati ni.

Al-fatihah buat KAMARUZAMAN BIN AHMAD 3 Oct 1957 - 19 JUN 2006

nota kaki: i just miss him damn much and want to tell him how much i love him. :'(

Saturday, 12 October 2013

wordless..



i wish 
i could go back to the day i met you
and just walk away.
honestly,
it would've saved me so much hurt and pain.

 -EZKZ-

Tuesday, 1 October 2013

indescribable...


termenung jauh
dada rasa sesak
sedih, kecewa, keliru, pedih, sakit
semua bercampur dlm satu nafas
perasaan yang  tak dapat di gambar
pedih yang tak dapat di ungkap
sakit yang tak dapat di rasa
semuanya rasa dah melebihi limit aku sebagai seorg makhluk
setiap kali aku rasa tersasar
setiap kali aku rasa xmampu berfikir secara waras
setiap kali aku rasa air mata nak terhambur keluar
setiap kali aku rasa bumi seakan menghempap jasad
setiap kali aku rasa seolah2 kaki longlai untuk melangkah
setiap kali itu juga ade suara berbisik bahawa
aku perlu kuat
aku perlu cekal
aku perlu tabah
percaya pada ALLAH
terus redha akan apa sahaja yang menimpa aku
keluarga ada untuk aku bersandar
kawan2 ada untuk buat aku tersenyum
ALLAH ada untuk aku minta kekuatan
aku ada diri aku sendiri untuk terus berdiri menongkah arus kehidupan
yang di depannya nanti ada 1001 halangan dan cabaran lagi yg perlu aku tempuh
bisik pada hati bahawa sakit yang aku rasa ini hanya sedikit
bisik pada diri bahawa pedih di hati ni hanya sedikit ujian dari ALLAH
supaya aku terus merayu dan berdoa pada penciptaku.
terus bisik pada hati untuk terus senyum
ALLAH sentiasa ada untuk dengar rintihan aku
ALLAH sentiasa ada untuk dengar doa aku
percaya hanya pada DIA
letakkan pengharapan hanya pada DIA..

11:26 ; 1/10/13

Friday, 27 September 2013

smile even when you in pain :)



Kesusahan itu mengajar
Kepedihan itu mendidik
Kegagalan itu mematangkan
Kesedihan itu mendewasakan
Kepahitan itu menyembuhkan

Kalau yang 'negatif-negatif' itu pun masih kebaikan apatah lagi yang memang positif...

Mana ada yang buruk? Ujian Allah itu semuanya baik-baik belaka!

(Pesan buat diri ketika pedih diuji) - PAHROL MOHD JUOI
*simpan ketat2 dlm hati*

I am a woman.
I am smart, I have opinions, I have feelings,
I care, I make a difference, I matter.
I am a woman and I am proud of who I am.

Sometimes it looks like everything is falling apart and all you do fails, but you have to stay strong. Night is always darkest before the dawn and your life is just the same - the hard times will pass, everything will get better and the sun will shine brighter than ever

pesan pada diri bahawa senyum itu pengubat duka. pesan pada diri bahawa senyum itu penghapus lara. pesan pada diri bahawa senyum itu seindah suria. :)

aku punya teman, aku masih punya keluarga. teruskan melangkah walau terkadang rasa sakit buat kaki ingin rebah. teruskan tersenyum walau terkadang sakit di hati tak mampu untuk membendung air mata. teruskan usaha walau terasa ingin menyerah kalah. lupakan segala kesakitan kerana semester 5 menuntut 1000 perhatian. :)










Sorrow prepares you for joy. It violently sweeps everything out of your house, so that new joy can find space to enter. It shakes the yellow leaves from the bough of your heart, so that fresh, green leaves can grow in their place. It pulls up the rotten roots, so that new roots hidden beneath have room to grow. Whatever sorrow shakes from your heart, far better things will take their place. 
KEEP CALM AND MAKE DU'AS..
have faith in ALLAH S.W.T 


Thursday, 22 August 2013

sometimes..





but that sometimes will hurt you of course.. but don't worry because times will heals you and of course most important you have ALLAH that will take care of your heart.. just be strong that's all you need dear self.. 

:)

berubah..



Berikan ku waktu
untuk bersamamu
Meniti hari..
Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…
Gelap seluruh jiwaku..

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…

Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…
Semuanya telah berakhir



Wednesday, 24 July 2013

being myself just being myself..



"di sebalik wajahku yg sombong, terselindung sifat ramah..
di sebalik kasarnya perlakuanku, terselit kelembutan..
di sebalik garangnya sifatku, tersembunyi kemanjaan.. "

segalanya apabila kene pada masa, tempat dan orangnya.. <3

-EZ-

Friday, 12 October 2012

kata hati..



Duhai Tuhan,
Jika dengan melepaskan cintaku
maka aku akan memperolehi kewarasanku,
Maka biarlah aku menjadi begini
seumur hidupku..

Duhai Tuhan,
Andai mampu aku meminta kepada-MU saat ini
aku ingin kau ambil seluruh cinta yang ada pada diriku
biarlah aku hidup tanpanya...

Duhai Tuhan,
Meskipun sudah bertahun dia mengikat
tali cintaku tanpa sebuah makna
biarkanlah cintaku tumbuh
biarkanlah ia sentiasa merekah dan mekar
meskipun aku telah layu dan mati...


# sometimes words explain the feelings.. 



Saturday, 6 October 2012

may ALLAH bless me.. may ALLAH ease everything.. :) #pray






I want a gentle touch without guiltt,
A soothing voice in my ears,
A sweet medicine of laughter,
A soft pressure on my shoulder,
The coolness of my eyes,
A blessing from above,
A pair of wings like a dove,
I want the other half of me..
credit to : aiman azlan


" And among His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them and He placed between you affection and mercy indeed in that are sign for people who gave thought"
 ( surah ar-rum - ayah 21 )

" Hadiah yang indah bagi seorang wanita bukan coklat atau teddy bear, tapi hadiah masuk meminang dari seorang lelaki. Hadiah menjadikan dia serikandi, bukan sekadar hiasan yang di bawa kesana kemari. " 




Saturday, 29 September 2012

Advices.. #forMe #beStrong


advices from people around me sgt bermakna pada saya dan akan saya genggam buat penguat semangat.. which all the advices really touch my heart..

Kita tidak mampu nk menjangkakan apa2 selain berdoa dan tawakkal..jgn putus berdoa selagi nafas mampu kau hembus..yg len biar DIA yg tentukan akhirnya...DIA tidak akan menguji andai dirimu tidak mampu menghadapi,setiap dugaan ade hikmah yg manis tersembunyi..cume kita manusia ni lemah bila diuji..bertahan dan bersabarlah dirimu tidak keseorangan...

Jangan hanyutkan dirimu dengan kekecewaan bangkitlah larutkan jiwamu dgn kesedaran..cekal kerana DIA sentiasa bersama..

bukan bahagia terhenti disana..
juga bukan perginya sia sia..
mgkin datangny lmbat tiba..
dan mgkin masih ada yang lebih baik buat kita..
walau kita pk ketentuannya satu bencana..
hikmahnya siapa yang tahu.. rancangnya dihati kita..
ketentuannya sentiasa milik Dia
sabarlah hati..

sabarlah duhai hati.. bersabar dgn ape jua dugaan yg MAHA ESA. kalau sebelum ni aku cukup kuat untuk hadapinya, kenapa sekarang tidak.. ade hikmah di sebalik semua ujian hidup ini.. amik ikhtibar dan pegang setiap nasihat daripada orang2 sekeliling yang sayang kat kau. just be strong girl.. :)



Thursday, 27 September 2012

Pray :) #withSoMuchLove




Ya Allah,

Aku ingin jadi yang halal buatnya..
Yang akan dia kucup keningku,
untuk membuat ku rasa senang..
Yang akan dia hapus air mataku,
ketika aku bersedih..
Yang akan dia peluk,
untuk membuat ku rasa selamat..


Ya Allah,

Aku ingin perasaan rinduku ini halal buatnya,
Aku ingin perasaan cinta ini halal buatnya,
Aku ingin rasa sayang ini halal buatnya,
Buat si dia bakal suamiku,
Imam dalam hidupku,
Pembimbing buatku menuju jalan ke JANNAH-MU..



-ernie k.z-




Tuesday, 25 September 2012

DIA lebih mengetahui..



walau setinggi manapun membina impian,

walau selama manapun menyulam anganan,

walau seluas manapun cinta yang di hampar,

TAPI, ingatlah takdir ALLAH mengatasi segalanya..

HEBAT lagi aturan yang MAHA ESA buat

untuk perjalanan hidup setiap abdinya.. 

Saturday, 22 September 2012

its all about my subject, my studies. #sem1 #second year #BKB #student #ump

Assalamualaikum..

hari ni nak cerita pasal subjek2 yang aku amik for sem 1 second year ni.

hmm.. okay kita mula dengan STATISTIK belajar statistik xmcm belajar calculus yang esok nk kuiz or test, arini kau baru terhegeh hegeh nak cari arfa (my friend since sem 1) untuk suruh die simplify kat kau pasal chapter yg akn masuk dlm kuiz or test tu. apa yg pnting apa yang tak. apa yang kau kene tau apa yang kau xperlu tau. takkkkk. takkkk. belajar statistik ni abis je kelas, balik bilik kau kene review balik bnd yang kau belajar tu coz statistik ni kene banyak ingt, ingt formula, ingt cara nak buat. lagi satu boleh tahan banyak jugak definitionnye mek oooiii.

okay, belajar NUMERICAL METHOD AND OPTIMIZATION, pulak really killing me. serius banyak betul method nak kene ingt padahal baru mggu kedua belajar.method banyak, cara buat hampir same cuma formula je berbeza. mmg betul2 kene faham n ingt la cmne nk buat. bg aku yg cepat lupa ni sangatlah mncabar cz bila nk buat satu2 method tu sampai kadang2 kene tanya ainaa balik betul ke cmni. hailaaaa. aritu buat latihan yang madam suruh buat rasa mcm nk campak je kalkulator dgn buku yang tebal gabak tu! serius stresssss! yang lagi best 1st week kelas lagi dah ada kuiz. terbaekkkkkkk. and 2nd week kelas pun aritu ada kuiz. alahai.. *tariknafasdalamdalam*

BIOCHEMISTRY. lalalalala. adakah perlu bernyanyi riang???? ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkk. ini subjek perlu menghafal maaaaa. jadi budak BKB ni mmg xleh lari dari bab2 kene mghafal ni. serius tak suka. tp aku kene cuba gak. kene cuba harder and i know I CAN DO IT!!! faham dan hafal! yessssss ernie boleh!

last day of the week which is hari jumaat aku ada kelas electrical technology and instrumentation. just satu kelas je every week. kelas ni pepagi. kul8 pagi tau. buat masa ni aku rasa kelas ni bestlaaaaa. lecture pn okay tapi lecture ajar punyala laju mcm nk kejar keretaapi tanah melayu pergi jepun! eh?? silap2 aku hanya mampu salin je dulu semua jalan kerja, kat bilik baru review and fahamkan. tp aku suka belajar electric. try harder. must skor baby! yeayyyy!! :)

BEL(basic engineering lab). aku tau this lab will killing me untuk buat report dan experiment yang last2 tu. ainaa pun dah warning awal2. hahaha. kenela be prepared cik ernie oooiiii. mental and phisical okay! kuat! sem lepas dpt lecture and JP semua perempuan. laaaaa ni aku dpt lecture sekali dgn JP semua lelaki. atoyaaiii. JP tu pulak 1st lab lagi dah perli2 aku. cissss! pastu boleh pulak nk gurau2. chait! ingt aku berkenan sgtlah tu dgn lawak2 die. tp lab ni okay je. lecture mcm baik. soooooo just try going trough je. insyaallah everything will be okay for me.

pasal engineering mechanics tak nak cerita la. cuma aku berdoa dan berusaha semoga i will pass this subject. ameeeeennn. may ALLAH help me and bless me.

last but not least, aku tau aku ada ALLAH untuk aku going trough my life as a student in UMP ni. aku tau ALLAH sentiasa bntu aku untuk aku melalui hari2 aku dgn kelas2 untuk semua subjek yang aku amik untuk sem ni. aku juga tahu ALLAH ada di saat aku rasa susah, rasa sedih, tertekan, give up and segala mcm perasaan bila mana aku rasa tak mampu dah nak lalui semua ni sebagai pelajar BKB kat ump ni. tp aku jugak kena kuat cz ALLAH letakkan aku kat situasi yg aku lalui ni sbb DIA tahu aku mampu nk harungi semua ni. insyaallah kejayaan akan jadi milik aku dan juga semua kawan2 aku. ameeeennnn. :)

till end.

love,ernie kz

Thursday, 20 September 2012

Friday, 6 July 2012

......................................


andai satu hari nanti pipi ini basah dgn air mata, bibir ini tak bisa lagi mengungkapkan kata-kata dek payahnya nak telan rasa kecewa. andai kaki ini tak bisa lagi melangkah dek parahnya luka di hati, KAU pinjamkanlah kekuatan-MU padaku YA ALLAH.. agar bisa ku terus sujud pada-MU, untukku hamburkan segala kesedihan dan kekecewaan ini pada-MU kerana hanya cinta-MU tak akan pernah meninggalkanku, hanya cinta-MU yang tak akan pernah mengecewakanku.. pasrah dan redha itulah sebaik-baik jalan..  -E.Z.K.Z-

ingat yang jiwa dan segalanya hanyalah pinjaman. DIA punya perancangan yang lagi indah aturannya untuk setiap abdi yang punyai rasa cinta bersandarkan redhaNYA...  -gogo-



Sunday, 24 June 2012

penghibur keluarga kami :)

My Little Girl - Maher Zain


You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for
Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way
You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl
You’re like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I’ll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me “dad”
I could spend hours watching you
You’re so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I’ll raise her good, ‘cause all I want is to please You
And now I pray You’ll guide her steps forever

aisy on 1st day :)


aisy with cik teddy. *comel yaww*

berkerut sangat tuuuuu hehe



with ibu..

aisy baru nak pandai berjalan :)


inilah rupe aisy setiap kali bangun tdo 


makan makan makan.. yeaaaahhhh

with ayah cik *she feel so happy*

with nenek.. <3

with ayah ngah.. :)

a happy family till jannah.. ameeennn :)

puting tetap xtinggal haha

with atok.. :)

da besar anak buah makucu ni :)


she like an independent girl :)

this song dedicated to Aisy Qaleesya bt Abdul Hadi.. 
kami semua sayang aisy. nenek sayang aisy, atok sayang aisy, ayahngah n ayahcik sayang aisy and willing to do anything for you and also makucu sayang aisy sangat2 cume makucu garang sketlaaa.. haha and i know bg kaklong and abg adi, aisy adalah tak ternilai and nyawa mereka. semoga aisy menjadi anak yg baik, anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat. <3
till end, 
may ALLAH bless :)
                                                                                                                                                        
                                                                                                                                                                     

Wednesday, 20 June 2012

selamat berumah tangga my besties :) may ALLAH bless..

Assalamualaikum..

fuhhhhhhh.. *lap2 peluh cz baru abis siap buat keje rumah!* cheh!
huhu.. da lame rasanya tak menulis kat blog ni. saaaangaaaat lame! aritu sibuk dgn study week dan exam. bila da cuti pulak sibuk dgn urusan rumah dan lain2. kalau on9 pn sekejap2 je la. haihhh.

okayyyy. aku dah tak nak merapu byk2 kat sini. just nk cite the best event yg happen dlm hidup aku mase bulan mei aritu which is my bestfriend wedding! bukan sorg tau tapi dua org kawan aku yg nikah dlm bulan MEI tu.
okay, kita cerita dgn kawan aku yg nikah on 5/5/2012. namenye... jeng2! hihi nor syafinas. :) aku panggil die pinas je.aku kenal die dari sekolah rendah sampaila sekolah menengah same2. cume after form3 aku pindah sek lain tp die stay sek lame. pinas ni aku xtau sgt kisah cinta dorg so xleh la nk berkisah sgt pasal dorg kat cini but what can i tell you peeps, they are reaaaaalllyyyy sweet! :) so xnk cte byk aku sertakan gmbar2 je laa untuk tatapan umum! haha. actually gambar pn xbyk sebenarnya.. hehe

haaaa.. before that nk bgtau aku laa pengapit pinas mase wed die tu. serius neves! mase berarak tu die dah la neves ditmbah pulak dgn pengapit die ni yg neves. saaaaangat xmembantu!! haha nk wat cmne... kuikui

sooooooo kawan2 tgklaaa gmbr2 ni puas2.. ^ ^

sebelum pergi haruuussslaaa kami yg posing dulu! hehe
pengantin with all her frens! 

me with nanis! sweeet kan kami?? haha
pengapit dan pengantin! hewhewhew
ini kawan saya jugak! best friend! 
mereka jugak kawan baik saya. till syurga. insyaallah :)

kami semua doakan rumahtangga yg terbina till jannah. ameeen :)

may ALLAH bless both of you with this marriage :)

panas ok! kipas yg aku pegang tu rasenye mcm xberfungsi! haihhh

now! second story.. maaf entry ni agak panjang. alaaaa panjang pn sebab banyak gambar.. huhu
second wedding on 27/5/2012. wed nurul 'ashikin. aku panggil die ekyn je.. hihi. shikin pulak kawan aku dari form 1 till now and insyaALLAH persahabatan yg terbina ni smpai syurga. :) story ekyn ni pulak aku tau dari mula smpai hari die nak nikah, tapi xmo la cite kat cini. kisah cinta org biar tuan punya badan yg cite sndiri. hewwww. mase ekyn ni nak nikah, aku lak yg over neves utk die, tuan pny bdn sgtlaaa rileks! rasa nk cepuk je die! haha.
btw, majlis kawin die saaaangat simple tp still meriah. *meriahsebabadakami* haha. pagi tu around 10.30 akad nikah then terus jamuan makan. simple kan! best ape mcm tu. ohhhhh lupe nk bgtau, ekyn nikah sekali dgn kakak die. so ada dua akad nikah la pagi tu. kitorg pn xlame kat uma ekyn, pas mkn2 bergambar sakan, kitorg pn chow! 

sooooo inilaaa momen2 yg sempat aku abadikan sbgai kenangan. :)

wedding kad! :)
menanti detik sebelum diakad kan ^_^
here the moment..





I pray that you will be happy till jannah dear. :)
the syahdu part tp time ni aku xdpt tgk.. *terlepas*
we pray the best for both of you ekyn and tikah.. :) may ALLAH bless 
driver a.k.a best friend saya sampai syurga.. :)
nampak tak kegembiraan kami??? we are happy!! :)
sebelum masuk umah pengantin harusssslaaa bergambar dulu.. hewhew

memory yg tak mungkin dilupakan. saya sayang semua kawan2 saya! :)

semoga ALLAH redha dgn persahabatan kita. :) 
saaaaaangat suka gmbar ni :) <3
nampak tak? nampak tak? mereka bersedia utk dinikahkan.. :)
me with pengantin! amik berkaaaattttt... *haccchuuumm*

kami dah nak balikkkk.. :)
harussslaaaa lastly gmbar aku... haha
pic2 mase wed ekyn ni saaaaangaaatttlaaa banyak! around 200+++ gak. so aku letak mane yg mmpu je dlm blog ni.sori cz pic xikut turutan. malas nk pilih2. haha

laaaaaaaaaaaaaaasssssstttlyyyyy...

we learned to be grateful for every person in our life, from every opportunities that come our way & from every smile that we come across with. we are happy because dpt together in this two wedding and we were big happy bila tgk pinas and shikin selamat diijabkabulkan.. we happy for them and we pray to ALLAH for their happiness.. may ALLAH bless them with full of rahmah and barakah till jannah.. :) we are like one big happy family. i looooveeeeee all of you because of ALLAH from deep in my heart.. <3 semoga tali persahabatan ini kekal hingga ke syurga dan tak akn terputus even nnt masing2 dah punya keluarga sendiri.. :( sobs3 *kesat air mata*
semoga ALLAH redha dgn persahabatan ini.. ^_^

till end.. 

                                                                                                                                       with love..
                                                                                                                                        E.Z.K.Z